校史 SEJARAH SEKOLAH


16-06-1964        Sekolah ditubuhkan.

Jun 1965            Kelas Tahun 1 hingga Tahun 4 ,
jumlah murid 60 ++ orang.

1967                 Disebabkan pertambahan pesat murid dan guru, Lembaga Sekolah tidak dapat menampung perbelanjaan, terpaksa ditukar kepada sekolah rendah lirani liran    cina dengan nama baru SRK Sebiew Chinese Bintulu.

1984 – 1989       Penambahan 3 blok (12 buah bilik darjah) sementara yang diperbuat daripada kayu dan sebuah kantin kecil.

1994                 Jumlah murid 900++ orang, lirani staf 32 orang.

03-09-1991        Bendahari PIBG pada masa itu En. Hu Liong Hua menanggung tanggungjawab untuk menubuhkan AJK pembelian tanah untuk pembinaan bangunan sekolah baru .

Tahun 90-an       Dengan kerjasama pelbagai pihak, dua ekar tanah telah dibeli oleh pihak PIBG.

Pemilik tanah tapak sekolah sekarang menderma lagi satu ekar tanah.

Tanah seluas 1.18 ekar di tepi lokasi sekolah baru dibeli
Kementerian Pendidikan Malaysia memperuntukkan RM 2,900,000 untuk pembinaan 12 buah bilik darjah, blok   pentadbiran dan bilik serbaguna.

YB Michael Sim memperuntukkan RM 50,000, YB Datuk Amar James Wong memperuntukkan RM 20,000.

16-03-1995        Pihak PIBG telah menjemput YB Datuk Amar James Wong untuk merasmikan Majlis Pecah Tanah.

1997                 Sekolah siap dibina.

01-07-2004        Dewan sekolah mula dibina, siap pada 30-11-2004.

04-01-2002,       Sekolah dilanda banjir
07-12-2006 &
28-1-2007  
2006                 Makmal Komputer mula diguna.
PraSekolah (A) mula digunakan.

2011                 PraSekolah (B) mula digunakan.
Blok Akademik baru (3 tingkat – 12 buah bilik darjah) mula dibina dan dijangka siap pada bulan April 2012.

30-12-2011        YB Datuk Dr Wee Ka Siong, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia bersama dengan YB Datuk Seri Tiong King Sing JP, Ahli Parlimen Kawasan Bintulu menyempurnakan upacara meletakkan kekuda bagi blok akademik baru.

Jun 2012            Blok Akademik C siap dibina.

Sep 2012           Calon UPSR menggunakan bilik darjah di blok akademik yang baru untuk menjalankan peperiksaan.

Dis 2012            Pembinaan Jejantas (menghubungkan Blok A, B & C) berjalan.
Pembinaan Blok Akademik D bermula dan dijangka akan siap pada hujung tahun 2013.

Jan 2013            Blok Akademik C mula digunakan.

Mac 2013           Jejantas siap dibina.

06-10-2013        Upacara menaikkan bumbung kekuda Blok Akademik D.

29-12-2013        Banjir kilat setinggi lebih daripada 5 kaki. Kerosakan teruk berlaku pada tingkat bawah termasuk bilik pentadbiran, bilik guru, stor PJ, stor KH, dewan sekolah, kantin sekolah, 2 buah pra sekolah,12 buah bilik darjah dan bilik pergigian.

22-01-2014        Banjir setinggi 2 – 3 kaki berlaku pada waktu sekolah (pagi). Selepas pukul 12:30 tengahari, semua murid dan staf berjaya keluar dari kawasan sekolah dengan selamat. Upacara penyerahan kunci Blok Akademik D dilaksanakan di PPD Bintulu kerana banjir.